| « | < | May 2013 | > | » |
| M | T | W | T | F | S | S |
| 29 | 30 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 1 | 2 |
| TAKLIMAT PENERANGAN SKIM SIMPANAN DAN KESIHATAN KELOMPOK (PROGRAM KEBAJIKAN KAKITANGAN AWAM)- ANJURAN CUEPACS |
|
|
|
| Posted by Suriyani Yusoff |
| Thursday, 02 July 2009 14:49 |
|
Kongres Kesatuan Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersama-sama Great Eastern Life Assurance (Malaysia) sebuah syarikat insurans hayat yang terbesar dan tertua di Malaysia ingin menawarkan satu skim insurans berkumpulan yang bayaran premiumnya dikembalikan berdasarkan pulangan dari Dana Restu. Dana ini diuruskan mengikut undang-undang syariah dan dilaburkan dalam instrumen pelaburan terpilih mengikut senarai yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya sekuriti. Skim ini terbuka kepada semua ahli Kesatuan Gabungan CUEPACS, anggota sektor awam dalam Kementerian/Jabatan/Agensi/Pihak berkuasa Tempatan dan pasangan serta anak-anak mereka. Di samping tabungan, skim ini juga memberikan perlindungan atas kematian, hilang upaya total dan kekal, kemasukan hospital dan juga merangkumi perlindungan terhadap 36 jenis penyakit kritikal. Satu taklimat mengenai skim ini akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 6 Julai 2009 (Isnin) Masa : 9.30 pagi (selepas perjumpaan Bulanan Bersama NC) Tempat : Dewan Besar, UTM International Campus Kuala Lumpur Semua staf dijemput hadir. |
| Last Updated ( Thursday, 02 July 2009 15:53 ) |