Home Activities MANTAN PRO-CANSELOR BERBUKA BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UTM

Latest News

Banner
Banner
Banner
Banner
MANTAN PRO-CANSELOR BERBUKA BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UTM PDF Print E-mail
Posted by Mirahani bt. Maris   
Friday, 03 August 2012 14:33

KUALA LUMPUR, 2 OgosYang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ayob, mantan Pro-Canselor dan isteri menghadiri majlis berbuka puasa bersama pengurusan tertinggi UTM, hari ini.  

Kira-kira 70 tetamu turut hadir di  majlis tersebut yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan mantan pengurusan tertinggi UTM bersama isteri masing-masing, staf UTM yang dipinjamkan ke organisasi luar dan beberapa jemputan khas. 

Majlis dimulakan dengan taklimat oleh  Naib Canselor, YBhg. Prof. Datuk Zaini Ujang mengenai halatuju dan kejayaan UTM serta Tabung Endowment UTM. Ini bertujuan agar mantan atau pesara pengurusan tertinggi UTM mendapat info terkini tentang perkembangan dan kejayaan UTM di mana mereka suatu ketika dulu merupakan penggerak untuk mencapai kejayaan yang dikecapi kini. 

Suasana sungguh ceria, mesra menemukan rakan-rakan seperjuangan lama dan baharu,  mencerminkan silaturrahim yang terus kukuh terjalin.

Sila klik di sini untuk tatapan album.

Last Updated ( Monday, 06 August 2012 08:57 )