Home Announcement PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 14 DAN BIL.18 TAHUN 2008

Banner
Banner
Banner
Banner
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 14 DAN BIL.18 TAHUN 2008 PDF Print E-mail
Posted by PRO   
Friday, 09 January 2009 08:00

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2008 mengenai Kadar Cuti Rehat Tahunan Dan Tawaran Opsyen kepada Pegawai Perkhidmatan Awam, dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2008 mengenai Peningkatan Maksimum Cuti Rehat dan Cuti Rehat Khas yang boleh dikumpulkan untuk Pemberian Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) kepada 150 hari.

Bagi mengelakkan keraguan yang sering ditimbulkan oleh ramai staf, sukacita dimaklumkan bahawa kedua-dua pekeliling tersebut adalah tidak berkaitan antara satu sama lain, sama ada staf bersetuju untuk kekal dengan kemudahan cuti rehat sedia ada atau bersetuju memilih kadar cuti rehat yang baru berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2008, staf tersebut akan tetap MENIKMATI kemudahan peningkatan faedah Gantian Cuti Rehat kepada 150 hari tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam pekeliling tersebut.

 

 

Last Updated ( Wednesday, 18 February 2009 13:50 )